Pages Navigation Menu

Kesegaran Menceriakan Kehidupan

Menghalau Serangga & Haiwan Berbisa

Anti Serangga

Menghalau Serangga & Haiwan Berbisa

Serangga kecil seperti lalat, semut, lipas, anai-anai, lipan, kalajengking, ular dan lain-lain termasuklah haiwan kecil seperti tikus akan dapat dihindarkan seterusnya meningkatkan tahap kebersihan pengguna di tempat kediaman atau premis perniagaan. Penggunaannya secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan semburan aerosol dan seterusnya tidak mencemar alam sekitar. Contoh penggunaan adalah seperti berikut:

  • Apabila disembur ke arah lalat yang berterbangan atau dilap pada meja ianya akan lari dan seterusnya kehadiran lalat tersebut dapat dihindari.
  • Apabila disembur pada laluan semut akan menyebabkan kawanan semut lari/mati dan laluan tersebut akan ditinggalkan oleh semut yang masih hidup.
  • Apabila disembur tepat ke arah cicak yang melekat di siling/dinding akan menyebabkan ianya jatuh dan seterusnya lari/mati.
  • Apabila disembur tepat pada lipas akan menyebabkan ianya gila dan akhirnya mati.
  • Cecair ini juga boleh digunakan untuk mereka yang gemarkan aktiviti meredah hutan atau meredah paya bagi mengelakkan serangga seperti pacat/lintah. Cara penggunaan adalah dengan menyembur anggota badan seperti kaki dan tangan, pakaian serta peralatan yang dibawa.
  • Cecair ini adalah inovasi terbaru untuk menggantikan racun serangga kerana amat berkesan menghalau serangga, dan tidak memberi impak pada sayuran/tanaman dan tanah.