Pages Navigation Menu

Kesegaran Menceriakan Kehidupan

Haruman dan Aroma Terapi

segar

Haruman dan Aroma terapi

Berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan terhadap telur  tembelang ( telur yang tidak dieram) didapati dengan hanya menggunakan satu semburan produk ini dapat menyah bau walaupun kesan baki pecahan telur tersebut belum dibuang. Selain itu, aromaterapi yang wujud semulajadi daripada pokok serai wangi dapat menghilangkan tekanan dan seterusnya mengurangkan gangguan fikiran serta meningkatkan produktiviti seseorang individu. Selain daripada itu contoh kegunaan bagi subtopik ini adalah seperti berikut:

  • Sembur rawak pada bekas penyimpanan sampah akan menghilangkan bau busuk dan kurang menyenangkan.
  • Sembur pada bahagian dalam kereta yang disebabkan bau hapak dari karpet lantai. Ianya juga terbukti berkesan pada kereta yang bermasalah bau buah durian.
  • Semburan ini juga dapat menghilangkan bau najis dan bangkai haiwan seperti najis ayam dan bangkai ikan.
  • Jika terpijak najis haiwan seperti kucing/ayam yang dibawa masuk ke suatu kawasan/ruang, hanya sembur di tempat yang disyaki.