Pages Navigation Menu

Kesegaran Menceriakan Kehidupan

Cara Penggunaan Serai Wangi Sprayer Dan Botol Pekatan

CARA GUNA…..

BOTOL PEKATAN DAN SPRAYER SERAI WANGI

Meja Dan Peralatan – Sembur tempat yang kotor kemudian gunakan kain bersih yang lembab dan lap di bahagian berkenaan, biarkan kering dan tidak perlu dibilas

Bilik Air Dan Tandas – Sembur di tempat yang berkenaan, kemudian gunakan berus untuk mencuci dan bilas dengan air bersih.

Lantai – Sembur dan lap dengan mop lembap yang bersih, biarkan kering dan tidak perlu dibilas.

Kenderaan – Sembur pada kain bersih dan lap pada tempat yang kotor dan bilas. Cecair ini boleh dimasukkan sedikit ke dalam tangki simpanan air pembersih cermin bagi memudahkan pembersihan cermin yang kotor.

Kebun Sayur/Tanaman – Semburan pada tanaman seminggu sekali pada waktu petang. Nisbah campuran untuk semburan tersebut adalah 1 (cecair semburan) : 13 (air). Ianya adalah sebagai pengganti racun serangga yang menghalau serangga secara semulajadi dan seterusnya risiko bahaya pada sayuran/tanaman serta tanah dapat dielakkan.

Permukaan Yang Mengalami Masalah Serangga – Sembur dan ratakan cecair menggunakan kain bersih ke seluruh permukaan dan tidak perlu dibilas. Contoh seperti meja makan yang dihinggapi lalat.

Tempat-Tempat Yang Mengalami Masalah Serangga – Sembur dan biarkan sahaja. Contoh kabinet makanan yang mengalami masalah tikus, semut dan lipas.

Tempat-Tempat Yang Mengalami Masalah Bau-Bau Kurang Menyenangkan – Hanya sembur rawak pada kawasan tersebut dan sembur terus pada objek yang berbau.